Friday, April 24, 2009
BENGKEL PEMANTAPAN SIRI 1, KONSERT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR: 13 April 2009 - Sekali lagi pelajar-pelajar berbakat dalam bidang muzik, nyanyian dan tarian dari sekolah-sekolah seluruh negara bergabung tenaga dalam satu kumpulan untuk menjayakan Konsert Kementerian Pelajaran (KPM) 2009 kali ke sebelas yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Konsert anjuran KPM yang telah diadakan sejak tahun 1997 lagi adalan cetusan idea Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.
Bagi menjamin persembahan konsert yang bertenaga dan mantap, Jawatankuasa Penganjur termasuk dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Siri Pertama konsert tersebut di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur bermula 13 April hingga 18 April 2009.
Sepanjang tempoh bengkel dijalankan, setiap peserta akan dibimbing oleh jurulatih dan mentor masing-masing. Oleh Abg. Mortadza Abg. Fauzan JK Dokumentasi BPG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment