Sunday, April 26, 2009

Bahagian 5 - Pra Tonton Bengkel 1 Konsert KPM 2009

Bahagian 4 - Pra Tonton Bengkel 1 Konsert KPM


Bahagian 4 : Bengkel 1 Konsert KPM 2009


Bahagian 3 - Pra Tonton Bengkel 1 Konsert KPM



Bunga Tanjung


Lagu Gubahan :
Ilham bin Subri
Pelajar Tingkatan 6
SMK Syed Hassan
Kangar, Perlis

PRA TONTON KONSERT KPM 2009

KUALA LUMPUR 17 April 2009 - Sebaik sahaja mendengar alunan muzik syahdu daripada orkestra Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia pada majlis Pra Tonton Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengingatkan kita akan sebuah orkestra yang begitu terkenal iaitu Paul Mauriat Orchestra. Namun Orkestra Konsert KPM juga mempunyai kelebihan dan sentuhan tersendiri. Orkestra yang dianggotai oleh pemuzik-pemuzik yang terdiri daripada gabungan mantap 60 orang pelajar berbilang kaum dari sekolah seluruh negara juga mampu memberi impak maksima dalam persembahan Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Jun akan datang. Konsert ini berlangsung sempena Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel di ibunegara. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan berangkat mencemar duli ke Konsert KPM 2009 tersebut bersama delegasi Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel.Y.Bhg. Dato' Hjh. Noor Rezan Bapoo Hashim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan)yang hadir menyaksikan Pra Tonton Konsert KPM mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga produksi Konsert KPM 2009, pensyarah dari IPGM, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar yang terlibat kerana begitu komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan bagi memastikan konsert KPM tahun ini menjadi yang terbaik. Turut hadir menyaksikan Pra Tonton tersebut ialah Dato' Mokhzani Ismail Pengarah Muzik RTM, Datin Asariah Mior Shaharuddin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)dan pegawai-pegawai kanan kementerian.
- Oleh Abg. Mortadza Abg. Fauzan JK Dokumentasi BPG

Bahagian 2 - Pra Tonton Bengkel 1 Konsert KPM 2009



Aku dan Kenangan


Gubahan Oleh:
En. Wan Kamarul b. Wan Tajulruddin
SMK Abdul Rahman Talib
25250 Kuantan, Pahang

Friday, April 24, 2009

Pra Tonton Bengkel 1 Konsert KPM 2009

Pra Tonton Bengkel 1 Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia - Bahagian 1
Lagu - Overture


Gubahan :

En. Abd. Razak bin Abdul Rahman
IPGM Kampus Ilmu Khas,

WP Kuala Lumpur

BENGKEL PEMANTAPAN SIRI 1, KONSERT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR: 13 April 2009 - Sekali lagi pelajar-pelajar berbakat dalam bidang muzik, nyanyian dan tarian dari sekolah-sekolah seluruh negara bergabung tenaga dalam satu kumpulan untuk menjayakan Konsert Kementerian Pelajaran (KPM) 2009 kali ke sebelas yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. Konsert anjuran KPM yang telah diadakan sejak tahun 1997 lagi adalan cetusan idea Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.

Bagi menjamin persembahan konsert yang bertenaga dan mantap, Jawatankuasa Penganjur termasuk dari Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mengadakan satu Bengkel Pemantapan Siri Pertama konsert tersebut di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur bermula 13 April hingga 18 April 2009.

Sepanjang tempoh bengkel dijalankan, setiap peserta akan dibimbing oleh jurulatih dan mentor masing-masing. Oleh Abg. Mortadza Abg. Fauzan JK Dokumentasi BPG

Bengkel Konsert KPM 2009


KUALA LUMPUR 16 April 2009 - Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2009 yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun akan datang menjanjikan sebuah persembahan yang istimewa. Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) akan bergema dengan alunan syahdu bakat istimewa daripada 2 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang turut serta dalam konsert tersebut.

Cacat Penglihatan bukan penghalang untuk menyertai aktiviti anjuran pihak sekolah. Apatah lagi bila terpilih untuk menyertai sebuah persembahan besar seperti Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun apa yang penting ialah ketabahan serta usaha yang gigih tanpa putus asa untuk menimba ilmu dan bersaing dengan pelajar lain. Selain itu, minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi juga banyak membantu bagi golongan orang kurang upaya untuk melangkah lebih jauh lagi. Begitulah luahan hati Noor Hidayah Mohd Yusof pelajar Tingkatan Dua dari Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Beliau yang cacat penglihatan sejak lahir ingin menjadi seorang komposer terkenal suatu hari nanti mengucapkan terima kasih kepada rakan peserta yang banyak membantu semasa mengikuti bengkel ini. Katanya lagi perasan gemuruh dan gementar bila mendapat tahu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan berangkat mencemar duli ke Konsert KPM nanti.

Seorang lagi pelajar Tingkatan 4 SMK Pendidikan Khas Setapak, Mohd Nazri Mohd Ashri yang senasib dengan Noor Hidayah juga sependapat dan berasa bersyukur kerana terpilih menyertai bengkel Konsert KPM tahun ini. Naib Johan Pertandingan Tilawah Al Quran Sekolah Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini bercita-cita menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti berkata, peluang yang untuk diberi menyertai bengkel ini akan dimanfaatkan sepenuhnya.

Menurut Penyelaras Vokal Nik Rozalind Nik Hassan dari IPGM Kampus Pendidikan Khas Kuala Lumpur ketika ditemui berkata, kedua-dua pelajar istimewa ini memang berbakat besar. Sangat mudah mendampingi mereka semasa sesi latihan vokal dijalankan. Walaupun kedua-duanya cacat penglihatan, tetapi Allah telah kurniakan sesuatu yang paling istimewa iaitu masing-masing sekeping hati yang mampu melihat, merasai dan menikmati keindahan alam ini. Insyallah jika diasuh dan dilatih, mereka akan berjaya suatu hari kelak. - Oleh Abg Mortadza Abg Fauzan JK Dokumentasi BPG